Koh: Gerakan akan bangkit semula seperti PAS, DAP
Diterbitkan: Sep 30, 2012 9:02 PM | Dikemas kini: Sep 30, 2012 9:04 PM
Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon yakin parti itu akan dapat membentuk kerajaan sekali lagi di Pulau Pinang, seperti yang dilakukan PAS di Kelantan sebelum ini.
Katanya, PAS tidak berjaya membentuk kerajaan selama tiga penggal – dari 1978 hingga 1990 namun tetap berjaya selepas itu.
Tambahnya, Gerakan menghormati mandat rakyat dalam pilihan raya sebelum namun tetap menawarkan diri pada kali ini.
Katanya lagi, DAP sebelum ini hanya mengekalkan satu kerusi pada 1995, 1999 dan 2004.
Namun, Gerakan tetap menghormati DAP dan keputusan rakyat, katanya.
Koh berkata Gerakan tiada masalah untuk mengukuhkan perpaduan dalam parti walaupun pilihan raya akan diadakan dalam masa kurang daripada setahun.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.