Sebuah kereta yang dipinjamkan kepada juruacara untuk Himpunan Hijau Lestari Pengerang, Hishamuddin Rais, disimbah dengan asid pada awal pagi ini.
Turut menjadi sasaran ialah sebuah kereta milik wartawan Citizen Journalist , Azizan Yunos.
Hishamuddin berkata, rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki tiba dengan sebuah kereta dan melemparkan bungkusan asid ke arah dua kereta tersebut.
Katanya, kereta itu dipinjamkan kepada untuk pengangkutan ke Pengerang, manakal Azizan dan rakan sekerjanya Amirull Salihing merakam dokumentari mengenai seorang rakannya, Lim Hwee Seng.
Ling merupakan seorang bekas guru pada tahun 1970-an dan dokumentari itu adalah mengenai kepulangannya.
Kumpulan berkenaan bersama seorang pemandu menginap di sebuah rumah di Teluk Ramunia, kira-kira tujuh kilometer daripada lokasi perhimpunan hari ini.
Amirull memberitahu Malaysiakini bahawa kerosakan itu disedari pada kira-kira jam 7.15 pagi dakan rakaman CCTV menunjukkan insiden itu berlaku.
Namun, rakaman itu tidak menunjukkan wajah pelaku atau nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan, katanya.
Hishamuddin ketika diminta mengulas berkata, beliau kecewa dengan kejadian tersebut dan berpendapat kegiatan samseng itu patut dihentikan.
Dua laporan polis dibuat di balai polis Sungai Rengit pada kira-kira jam 1 petang tadi.
Sementara itu, laman Harakahdaily melaporkan cermin kenderaan yang digunakan naib presiden PAS Salahuddin Ayub turut mengalami dipecahkan ketika dalam perjalanan ke lokasi perhimpunan.
[Baca berita penuh]
