Setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin akan "akur" dengan nasihat kepimpinan PKR supaya tidak mengeluarkan kenyataan menyentuh kedudukan bosnya 'jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

NONE Menurut akhbar Sinar Harian , Faekah (kiri) enggan mengulas lagi selepas

dinasihatkan oleh Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin dan Setiausaha PKR negeri, Shuhaimi Shafie.

“Saya juga dinasihati (bekas Timbalan Presiden PKR), Dr Syed Husin Ali supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak wajar.

“Oleh kerana beliau sudah pun merujuk hal itu kepada (Timbalan Presiden) Azmin Ali dan(Setiausaha Agung Pas), Datuk Mustafa Ali, saya pun ambil pendekatan yang sama, tidak mengapalah tidak usah komen,” katanya yang dipetik oleh Sinar Harian.

NONE Dalam kenyataan media pada 6 Oktober lalu, Zuraida dan Shuhaimi

menasihati Faekah lebih berkomunikasi dengan kepimpinan PKR negeri dan tidak membuat kenyataan yang menyerang pemimpin parti.

Faekah sebelum ini telah mempersoalkan niat Azmin (kiri), yang dilaporkan oleh Sinar Harian sebagai berkata Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim akan dilantik sebagai menteri pusat jika Pakatan menang pilihan raya umum.

Azmin bagaimanapun telah menafikan membuat kenyataan seumpama itu.

[Baca berita penuh]

Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove