Anggota Parlimen Pakatan Rakyat hari ini menuntut Menteri Pengangkutan Kong Cho Ha menjawab persoalan berhubung Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) untuk kesalahan jalan raya di Dewan Rakyat.

Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) membangkitkan kepada speaker bahawa Kong tidak berani hadir bersemuka dalam parlimen tetapi hanya menjawabnya di luar dewan.

fong po kuan and chong chien jen walkout suspended from parliament 061108 03 Merujuk Perkara 66(5) Peraturan Tetap selepas sesi soal jawab hari ini, Fong merayu kepada speaker untuk menggunakan kuasanya untuk memaksa Kong sendiri hadir dalam penggulungan kementeriannya.

Katanya, ekoran giliran kementerian Fong dianjak bagi memberi laluan kepada perbahasan berhubung dasar dalam Belanjawan 2013, Kong patut bersedia untuk tarikh baru.

Perkara 66(5) berhubung peruntukan masa untuk dewan membahaskan rang undang-undang perbekalan.

Sehingga berita ini ditulis, Kong sendiri belum hadir untuk menjawab soalan berhubung AES yang hangat diperkatakan pelbagai pihak.

[Baca berita penuh]