Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang pengarah filem bebas telah menyifatkan penyertaan warga emas dalam perarakan Himpunan Hijau dari Kuantan ke Kuala Lumpur sebagai satu peningkatan kesedaran sivik.

NONE Tan Chui Mui (kanan), 32, yang menyertai perarakan itu dua hari lalu, terkejut dengan penyertaan aktif sebilangan warga emas dalam perjalanan sejauh 300km itu.

"Saya rasa rakyat Malaysia telah banyak berubah, saya tidak boleh bayangkan diri saya melihat pakcik dan makcik mengambil pendirian itu dua tahun lalu. Mereka kini tahu apa yang mereka lakukan," katanya kepada Malaysiakini.

Tan, yang dilahirkan di sebuah perkampungan nelayan berhampiran Gebeng, Kuantan, membantah kehadiran loji memproses nadir bumi Lynas di pekan kelahirannya.

Beliau telah menghasilkan sebuah filem dokumentari mengenai kempen membantah loji tersebut, di mana ramai penduduk di kawasan itu bimbang dengan sisa radioaktif.

NONE Tan tiba di Maran pada malam Khamis dan mula berarak semalam bersama-sama dengan kira-kira 80 aktivis. Mereka berjalan sejauh 31 km sebelum berkhemah di Temerloh.

Tan berkata beliau memutuskan beberapa hari lalu untuk kembali dari Beijing, China untuk  menyertai perarakan tersebut, sebelum menghadiri satu mesyuarat perniagaan di Kuala Lumpur yang dijadualkan Selasa depan.

"Ini adalah satu pergerakan yang menarik. Walaupun ia sangat mudah, tetapi nampak luar biasa."

Tan menggesa rakyat Malaysia supaya menyumbang kepada kempen tersebut kerana mereka akan berdepan dengan kesan dari loji tersebut.

"Anda mesti ambil bahagian dan ia boleh dilakukan dalam apa jua bentuk," tegasnya,

Sementara itu, seorang warga maya memandu dari Kuala Lumpur pada jam 3.30 pagi semalam untjk menyumbangkan 100 pasang stokin yang ditaja oleh sebuah syarikat swasta bagi melindungi kaki peserta perarakan itu.

[Baca berita penuh]

ADS