Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khalid: Bina pawagam di tangan MBSA, bukan sultan

Ahli Parlimen, Khalid Abdul Samad berkata semalam bahawa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) masih perlu berunding dengan penduduk tempatan berhubung cadangan membina pawagam di situ walaupun Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak membantahnya.

Merujuk kepada sepucuk surat bertarikh 30 Januari 30 dari pejabat Sultan Selangor kepada Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan yang menyatakan bahawa baginda 'tidak ada bangkangan' terhadap pembangunan kompleks Alam Avenue yang akan termasuk sebuah pawagam di Seksyen 16, Shah Alam, Khalid berkata, itu tidak bermakna satu persetujuan.

"Datuk Bandar perlu memahami, ini bukan satu kelulusan, ia adalah hanya satu kenyataan bahawa tidak ada bangkangan.

"MBSA masih perlu berunding dengan penduduk berhampiran projek dan mendapatkan pandangan mereka kerana itu adalah proses yang sewajarnya," katanya

Khalid (kanan) membangkitkan aduan penduduk tempatan terhadap pembinaan pawagam dan pusat hiburan lain di dalam kompleks yang dirancang itu.

Beliau menegaskan bahawa sudah terdapat pawagam berdekatan, iaitu di i-City dan Kota Raja.

Katanya, baginda juga telah meminta supaya tempat seumpama itu tidak terletak terlalu dekat dengan tempat-tempat ibadat.

"...dan pawagam yang dirancang itu hanyalah  kira-kira 500m dari masjid Padang Jawa," katanya.

 

[Baca berita penuh]

ADS