Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Aktivis pelajar berkumpul di luar penjara Kajang malam tadi sebagai tanda sokongan mereka kepada rakan aktivis, Umar Mohd Azmi yang dipenjara di situ.

NONE Umar (di bawah) adalah salah seorang peserta protes 'Occupy

 

Dataran' April lalu yang dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1, 000 semalam, kerana menghalang pegawai awam menjalankan tugas.

Rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara itu akan didengar pada hari Isnin di mahkamah Kuala Lumpur.

Tapak perkemahan pelajar di pintu masuk utama ke penjara tersebut diawasi anggota unit keselamatan penjara (UKP).

Kira-kira 50 aktivis pelajar tersebut, terutamanya dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkumpul di luar pintu pagar utama Penjara Kajang pada pukul 8 malam tadi di mana pemimpin SAM dan wakil PSM menyampaikan ucapan.

Aktres Drama Gerak Khas, Abby Abadi juga tampil menyokong protes tersebut.

Peserta protes itu kemudian memasang empat kemah mereka di sepanjang jalan menuju ke penjara di mana kira-kira 15 daripada mereka bermalam di situ.  

Muzik iringi protes

Malaysiakini meninjau kemah protes itu pagi ini dan mendapati kira-kira sepuluh orang daripada mereka masih berada di situ, sambil menyanyikan lagu protes, diiringinya dengan mainan gitar.

NONE Seorang jurucakap kumpulan itu berkata, mereka berada di situ untuk jangka panjang, walaupun keputusan belum lagi dibuat melalui konsensus sama ada mereka akan mengadakan protes sepanjang sebulan  tempoh Umar dipenjara.

Menurutnya lagi, pada kira-kira jam 8.45 pagi tadi, mereka telah didatangi dua pegawai Cawangan Khas yang mengambil butir-butir mengenai dua di kalangan mereka, tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan lain.

Seseorang pegawai penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) juga datang pada kira-kira jam 9.30 pagi bertanya sama ada mereka mendapatkan sebarang kebenaran untuk berkhemah di luar penjara. 

Bagaimanapun, selepas campurtangan wakil PSM, anggota penguatkuasa itu berkata mereka tidak akan mengganggu selagi sebagai pelajar terbabit tidak menghalang lalulintas dan orang ramai yang lalu di situ.

Anggota itu berkata, mereka menyerahkannya kepada pihak polis untuk memantau keadaan di situ.

NONE Malaysiakini mendapati beberapa anggota polis berpakaian

preman memantau pelajar manakala pegawai penjara memantau mereka dari tempat pemeriksaan keselamatan di tepi jalan dan di pintu masuk utama.

Pada kira-kira jam 11.10 pagi ahli majlis MPKj Lee Kee Hiong datang memberi sokongan moral. Turut datang ialah kartunis politik Zunar dan beberapa pemimpin DAP tempatan.

Pada sekitar tengah hari, keluarga Umar yang melawatnya pagi ini datang menyampai mesej dari Umur untuk rakan aktivis di kemah tersebut.

"Dunia belum kiamat, Berjuang sampai tamat," kata bapanya, yang berkata semangat juang Umar tidak patah oleh apa yang dilaluinya sekarang.

Beliau berkata, anaknya berada dalam kesihatan yang baik, bersemangat dan Umarnya secara berjenaka berkata hukuman penjara sebulan itu adalah satu latihan baginya untuk berhenti merokok.

Pelajar mahu duduk Dataran sekali lagi

Umar, pelajar tahun akhir diploma dalam keselamatan industri di sebuah kolej swasta di Klang,  sedang menjalani latihan praktikal di Johor Bahru, yang dia sepatutnya selesai bulan depan.

NONE Bapanya memberitahu para aktivis pelajar tersebut bahawa

Umar diletakkan secara berasingan dari banduan lain, dan seorang diri bilik kurungannya, tetapi anaknya terharu dengan berita kehadiran rakan-rakannya di luar bangunan penjara.

Dalam sidang akhbar pada pukul 2 petang, Pengerusi SMM, Safwan Anang memberitahu pemberita bahawa mereka berada di situ untuk berkongsi kesusahan Umar.

"Kerana kami semua berada di Occupy Dataran untuk

memperjuang pendidikan percuma tetapi hanya dia yang ditangkap dan dipenjarakan. Kami mahu berada di sini untuk bersama dengannya."

NONE Safwan berkata mereka akan bergerak dari Penjara Kajang ke Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pagi esok.

Di sana mereka akan berkhemah di dataran tersebut, walaupun jika DBKL akan melarang perkhemahan di situ, mereka akan tetap berkumpul di ruang awam, kata Safwan.

Tambahnya, dengan bergerak ke Kuala Lumpur, ia juga untuk memudahkan mereka untuk menghadiri prosiding rayuan Umar pada hari Isnin.

 

ADS