Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR dakwa Najib laku penyelewengan anugerah projek Puspahanas

PKR mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun  Razak melakukan penyelewengan dan salahlaku rasuah ketika menjadi menteri pertahanan kerana menganugerahkan projek Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) bernilai RM100 juta kepada syarikat yang didakwanya tidak layak.

NONE Syarikat Ketua Wanita Umno Selangor,  Raja Ropiaah Raja Abdullah (kiri) itu - Awan Megah Sdn Bhd - mengikut carian Suruhanjaya

Syarikat, telah dorman sejak tahun 1993, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Rafizi berkata, ini bermakna, antara 1994 sehingga kini, Awan Megah tidak menjalankan apa-apa aktiviti dan kekal sebagai syarikat yang tidak aktif

Katanya, ia juga bermakna bahawa Najib sebagai menteri pertahanan ketika itu, telah menyalahgunakan kuasanya dengan menganugerah projek penswastaan bernilai puluhan juta itu pada tahun 2005 kepada Awan Megah, "apabila ia adalah jelas bukan sebuah syarikat pembinaan yang mampu menjalankan projek tersebut."

[Baca berita penuh]

ADS