Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan dan Terengganu menjelaskan bahawa masalah pembalakan dan pencemaran air di di Gua Musang yang menjejaskan masyarakat pribumi di kawasan itu berada di luar bidang kuasa jabatannya.

"Jakoa terus memantau mengenai pencemaran air di sekitar kampung Orang Asli sebagai kesan daripada aktiviti pembalakan.

"Bagaimanapun, jabatan ini tidak berkuasa untuk menghentikan aktiviti ini kerana ia berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri," kata jabatan itu dalam satu emel kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, Jakoa menyatakan bahawa situasi itu terus dipantau dan jabatan itu juga akan berhubung dengan Jabatan Perhutantan, yang mengeluarkan lesen pembalakan, sekiranya pembalakan menceroboh kawasan tadahan air.

Malaysiakini pada bulan lalu melaporkan masyarakat Orang Asli di Gua Musang terancam dengan pembalakan untuk perladangan di bawah program Ladang Rakyat kerajaan Kelantan.

Selain itu, aktiviti pembalakan itu juga dilaporkan memusnahkan kawasan tadahan air di beberapa kampung dan menyebabkan air menjadi keruh dan berlumpur.

Jakoa menafikan bahawa jabatanitu gagal mempertahankan kawasn ini daripada aktiviti perlombongan dan menyalahkan kerajaan negeri kerana tidak memaklumkan perkara itu kepadanya.

"Dakwaan seperti itu tidak benar kerana projek Ladang Rakyat oleh kerajaan Kelantan dan dijalankan di tanah kerajaan negeri walaupun ada yang mungkin dekat dengan penempatan Orang Asli," kenyataan itu dipetik.

[Baca berita penuh]

ADS