Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khairy: Tak perlu tumpu isu kerakyatan pramerdeka

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini berkata dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pemberian kerakyatan kepada warga asing sebelum merdeka tidak perlu diberi tumpuan.

Katanya, tumpuan sebaliknya perlu diberikan ke atas perjalanan siasatan suruhanjaya diraja (RCI) dalam isu pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah yang kini sedang berlangsung.

NONE Katanya, RCI itu akan menampilkan lebih banyak saksi bagi mendapatkan gambaran yang bersifat menyeluruh.

"Sebarang komen terhadap RCI ini termasuklah perbandingan antara RCI ini dan program kerakyatan pramerdeka tak perlu kita jawab sehingga habis dan tamat kerja RCI ini," katanya.

Beliau sebelum itu diminta mengulas cadangan Mahathir agar satu suruhanjaya turut ditubuhkan untuk menyiasat pemberian kewarganegaraan sebelum merdeka.

Kenyataan Mahathir itu turut mendapat perhatian pakar perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari yang berkata cadangan berkenaan menjejaskan kontrak sosial antara kaum.

Jelasnya, cadangan itu disifatkan demikian kerana ia menganggap pemberian kewarganegaraan kepada orang Cina dan India yang dibuat perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, dilakukan secara tidak sah.

NONE Mahathir pada 17 Januari lalu mendakwa mendakwa bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman melakukan perkara "lebih teruk" dalam tindakan memberi kad pengenalan kepada warga asing.

Dalam kenyataan itu, Mahathir mengakui bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya namun mendakwa tindakan berkenaan dijalankan mengikut undang-undang.

"Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?

"Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang," katanya.

ADS