Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

MCA mencabar pembangkang menyatakan pendirian mereka mengenai ancaman pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack untuk membakar loji nadir bumi Lynas Corp di Gebeng sekiranya kerajaan yang baru dipilih tidak menutup loji itu apabila terus berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

     

Pengerusi MCA Bahagian Bentong Datuk Hoh Khai Mun berkata DAP dan sekutunya dalam pakatan pembangkang seperti PAS dan PKR perlu bertanggungjawab terhadap ancaman yang disuarakan Wong itu.

    

Beliau mendakwa, akibat mengamalkan politik kebencian, DAP dan rakannya sering menyeru anggota mereka dan orang ramai supaya turun ke jalan raya bagi tujuan menggulingkan kerajaan.

    

"Kali ini, seorang daripada pengikut mereka bertindak terlalu jauh dalam menyahut seruan Pakatan (pembangkang) untuk menyalakan api kebencian, tanpa memikirkan kesan segera dan jangka panjangnya terhadap orang ramai," katanya.

    

Hoh mencabar DAP, PAS dan PKR menyatakan pendirian mereka tentang keghairahan Wong mengenakan tekanan terhadap pihak berkuasa tanpa sebab munasabah dan secara tidak langsung mempengaruhi orang ramai supaya melanggar undang-undang.

    

Hoh,yang juga anggota Exco Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan berkata ancaman Wong untuk membakar sebuah bangunan itu samalah seperti mengugut kerajaan yang dipilih serta rakyat dan perbuatan itu boleh mencetuskan huru-hara.

    

Semalam, Wong memberitahu sebuah portal berita bahawa mereka (Himpunan Hijau) akan membakar kilang berkenaan sekiranya kerajaan yang baru dipilih tidak menutupnya selepas pilihan raya umum 2013.

- Bernama

 1. 'Mereka paksa kita, bukan kita mahu bakar'

2. Wong Tack ancam akan bakar loji Lynas jika...

ADS