Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Datuk Seri Najib Razak, yang kini bergelut untuk meraih sokongan pengundi Cina, hari ini mencipta sejarah dengan menjadi perdana menteri pertama yang hadir ke majlis rumah rumah terbuka Tahun Baru Cina ajuran Dong Zong.

Perdana menteri yang mengenakan pakaian tradisi Cina berwarna merah, tetap hadir walaupun kumpulan berkenaan mengambil beberapa pendirian bertentangan dengan kerajaan sejak akhir-akhir ini.

dong zong cny open door 170213 05 Najib meluangkan masa selama kira-kira setengah jam di majlis yang diadakan di Padang Besar Pusat Pengajian Tinggi Dong Jiao Zong itu untuk menyertai acara menggaul yee sang bersama pemimpin Cina dan menonton persembahan kebudayaan.

Mengulas lawatan Najib, timbalan pengerusi Dong Zong, Chow Siew Hon menyifatkannya sebagai "satu permulaan yang baik".

Menurutnya, ia bukan ukuran kejayaan majlis ini kerana Najib juga pernah menghadiri majlis lain tanpa menyampaikan ucapan.

"Tiada ucapan (dari Najib) tidak bermakna majlis ini tidak berjaya.

"Saya rasa majlis ini sangat berjaya," katanya ketika ditemui pemberita di majlis berkenaan.

Katanya, kumpulan pendesak berkenaan tidak kecewa walau perdana menteri tidak membawa "buah tangan" untuk mereka hari ini.

dong zong cny open door 170213 03 "Walaupun beliau tidak membawa apa-apa buah tangan hari ini, tidak bermakna tiada buah tangan di masa depan," kata Chow yang merujuk kepada tuntutan mereka.

Dong Zong dalam surat jemputannya kepada perdana menteri menggariskan tiga tuntutan: Mengiktiraf  sijil peperiksaan bersepadu (UEC), membina lebih banyak sekolah Cina bebas dan menyemak semula Blueprint Pendidikan Nasional.

Najib bagaimanapun tidak membuat apa-apa pengumuman berhubung perkara tersebut dalam kunjungannya ke majlis hari ini.

Chow seterusnya berkata, pengerusi Dong Zong, Dr Yap Tian Sin juga telah berjanji untuk melakukan kunjungan hormat ke pejabat perdana menteri untuk membincangkan isu-isu pendidikan Cina dengan lebih terperinci.

dong zong cny open door 170213 01 Sementara itu, Yap ketika ditemui pemberita berkata Najib dalam pertemuan hari ini menyatakan kesediaan untuk bertemu bagi membincangkan tuntutan tersebut.

"Beliau (Najib) minta saya atur pertemuannya selepas sambutan Tahun Baru Cina," katanya lagi.

Pertemuan itu juga bergantung kepada tarikh yang akan ditetapkan perdana menteri.

Turut mengiringi Najib hari ini adalah menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Koh Tsu Koon, presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek serta timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee Ka Siong.

Program yang dihadiri 5,000 orang itu juga disertai ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tiba kira-kira sejam selepas Najib beredar.

Video 2.23 minit

ADS