Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Boo berlembut, nyata 'kesetiaan' pada Pakatan
Diterbitkan:  Feb 21, 2013 9:37 PM
Dikemaskini: 1:43 PM

Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau bersetuju untuk menghentikan perang mulut dengan Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dan menggunakan saluran dalaman untuk menyelesaikan masalah antara kedua parti itu.

boo cheng hau and lim kit siang pc 210213 02 Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Boo berkata, DAP Johor mahu

melupakan perkara itu sambil menyatakan "kesetiaan" dan sokongan penuh kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat - PKR dan PAS.

Nada lembut Boo itu dilihat ekoran arahan tutup mulut oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dua hari lalu.

Boo juga turut dikunjungi pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini.

Boo berkata, beliau mahu segera menutup bab itu secepat untuk memberi tumpuan kepada pilihan raya umum yang akan datang.

"Saya ingin mengatakan bahawa kenyataan saya mungkin telah menyebabkan kebimbangan yang tidak perlu dalam Pakatan Rakyat dan penyokong kami terutama di Johor.

"Saya terima semua kritikan dengan hati yang terbuka dan ingin melihat perpaduan yang berterusan dalam Pakatan Rakyat," katanya.

[Baca berita penuh]

 

1. Pengerusi DAP Johor kata Jui Meng 'angkuh'

2. Pengerusi DAP, PKR Johor diarah tutup mulut

3. Jui Meng: Saya sangat kecewa dengan Karpal

4. Kak Wan sokong kepimpinan Jui Meng di Johor

ADS