Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BERSIH ingatkan BN jangan ugut pribumi Sabah, S'wak

Jawatankuasa khas pemantau pilihan raya BERSIH mengenai keganasan politik dan garispanduan kerajaan sementara, mengutuk apa yang didakwanya ugutan BN untuk menahan pembangunan di Sabah dan Sarawak, jika rakyatnya mengundi Pakatan Rakyat.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Irene Fernandez (kanan) mendakwa mereka berkata jika pribuminya tidak mengundi BN, mereka tidak akan ada jalan (atau) kemudahan, (dan akan) kehilangan hak mereka.

Beliau menganggap ugutan tersebut adalah satu bentuk keganasan politik di Sabah dan Sarawak.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Irene mendakwa ugutan tersebut dibuat oleh calon-calon BN tempatan dan ahli politik BN semasa berkempen di kedua-dua negeri berkenaan.

Beliau merujuk kepada laporan media di mana Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan mengingatkan orang Iban bahawa mereka akan kehilangan maruah dan harga diri jika mereka mengundi pembangkang.

Calon BN di Mambong, Dr James Dawos juga dilaporkan berkata bahawa mengundi Pakatan akan membawa kepada penghapusan hak istimewa pribumi.

Irene berkata pihaknya amat tidak senang dengan penggunaan berterusan sentimen kaum dan agama dalam berkempen, kerana isu-isu ini harus dielak bagi mengelakkan kemungkinan berlaku pertelingkahan.

Beliau melabelkan mereka yang berkempen berbaur kaum dan agama sebagai "bankrap" idea dan halatuju.

[Baca berita penuh]

ADS