Kesatuan Pekerja-pekerja Bank Sabah (SBEU) terperanjat besar apabila mendapat tahu bahawa nama kesatuan itu digunakan dalam satu papan iklan untuk menunjukkan sokongan ke atas calon BN di parlimen Segamat, Datuk Seri S Subramaniam.
"Kami merupakan pertubuhan kesatuan sekerja yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik, maka kami terperancat apabila mendapat tahu nama kami digunakan untuk kempen di Malaysia Barat.
“Kami tidak menyokong mana-mana parti politik dan objektif kami adalah untuk memberi khidmat kepada pekerja dan bukan mana-mana ahli politik,” kata setiausaha agung SBEU Catherine Jikunan ketika dihubungi.
Tambahnya, kesatuan itu juga mahu nama mereka ditanggalkan dari papan iklan tersebut, yang dikesan di jalan utama di bandar Segamat.
Papan iklan tersebut menonjolkan wajah Subramaniam dan slogan yang berterima kasih kepada menteri sumber manusia sementara itu, yang didakwa “prihatin terhadap hak pekerja”.
Turut dimuatkan dalam iklan tersebut ialah nama Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia,
This is followed by a list of union names, that among others include the National Union of Teaching Profession, All Malayan Estates Staff Union, Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Percetakan dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Petroleum dan Kimia.
