Negeri Pakatan bukan anak tiri, kata Nazri
Diterbitkan: Jul 15, 2013 3:22 PM | Dikemas kini: Jul 16, 2013 7:20 AM
Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan bahawa kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan dilayan seperti anak tiri.
Beliau juga mengumumkan pembentukan semula jawatankuasa pelancongan melibatkan kedua-dua pihak di setiap negeri.
Dalam sidang media bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Nazri berkata, prestasi pelancongan di setiap negeri, termasuk bawah Pakatan, akan menjadi pencapaian penting kepada sasaran nasional, selari dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.
"Saya tidak akan menukar Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor kepada anak tiri," katanya sambil menegaskan usaha itu tidak akan membawa kejayaan kepada kedua-dua pihak.

