Kumpulan reformasi pilihan raya, BERSIH mensasarkan untuk memuktamadkan menjelang minggu depan senarai anggota Tribunal Rakyat yang akan menyiasat dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum ke-13.

election monitoring group pemantau  bersih "Kami sedang memuktamadkan senarainya. Anggota utama telah

dikenal pasti dan disahkan, hanya tinggal seorang dua lagi (yang masih belum mengesahkannya)," kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Andrew Khoo (kanan) kepada Malaysiakini.

Khoo berkata pihaknya berharap untuk mengumumkan senarai anggota panel pada 25 Julai.

"Jika kita boleh memuktamadkannya pada masa itu, kita akan buat pengumuman. Ia hampir kepada akhir bulan Julai, jadi tidak ada banyak masa lagi," katanya.

BERSIH hari ini menggesa orang ramai mengemukakan bukti dan kenyataan kepada urusetia tribunal tersebut sebelum ia bersidang.

[Baca berita penuh]