Harga kereta akan jatuh apabila kerajaan melaksanakan Dasar Automotif Negara (NAP) untuk membolehkan pembuat kereta baru memasuki pasaran Malaysia, kata Institut Automotif Malaysia (MAI).

"Buat masa ini, hanya pengeluar kereta baru yang membuat kereta melebihi 1.8 cc akan diberi lesen dan ia mesti berharga melebihi RM150,000.

"Tetapi dasar baru ini akan menghapuskan itu. Sesiapa sahaja boleh datang ke Malaysia untuk membuata kereta mana-mana segmen dengan syarat ia adalah kenderaan yang jimat bahan api," kata Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Madani Sahari di sidang kemuncak pemimpin pelajar Malaysia ke-7 hari ini.

Beliau berkata peningkatan pengeluaran kereta di negara ini akan mewujudkan persaingan dan secara semula jadi menurunkan harga kereta.

Kerajaan sebelum ini berkata, ia bertujuan untuk mengurangkan harga kereta melalui "kuasa pasaran" tanpa pemotongan cukai eksais yang besar.

[Baca berita Penuh]

http://www.malaysiakini.com/news/239207