Malaysiakini
Malaysiakini BERITA

Menteri: Larang warga Afrika menyewa perbuatan 'gila'

Ahmad Fadli KC

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan tindakan badan pengurusan sebuah kondominium di Sunway, Subang Jaya yang dilaporkan mengeluarkan perintah melarang pemilik menyewakan rumah kepada warga Afrika merupakan satu perbuatan "gila".

NONE Tambahnya, ia akan menghantar isyarat yang salah kepada masyarakat antarabangsa tentang industri hartanah Malaysia.

"Anda tidak boleh nafikan sesiapa untuk membeli hartanah berdasarkan kaum. Ia gila dan tidak betul.

"Jika anda mahu kata sesetengah penyewa bermasalah, jangan kaitkannya dengan latar belakang kaum mereka," katanya.

Menurutnya, urusniaga pembelian rumah juga perlu ditangani secara satu persatu dan bukannya dikelaskan berdasarkan latar belakang kaum atau negara asal mereka.

"Menuduh setiap orang Afrika itu pembawa masalah, itu sangat tidak adil," katanya lagi.

Beliau ditanya mengenai laporan Malay Mail Online semalam berhubung keputusan Badan Pengurusan Bersama (JMB) kondomonium tersebut yang memberi notis tiga bulan kepada penyewa warga Afrika untuk mengosongkan unit masing-masing.

Menurutnya, urusniaga pembelian rumah juga perlu ditangani secara satu persatu dan bukannya berdasarkan latar belakang kaum atau negara asal mereka.

"Kita tidak wajar memprofailkan pembeli mana-mana hartanah dalam negara ini," katanya.

"Menuduh setiap orang Afrika itu pembawa masalah, itu sangat tidak adil," katanya lagi.