Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy tidak akan tertolak keluar daripada kabinet walaupun terdapat menteri yang mahu beliau berada di luar kerajaan, kata penasihat Persatuan Hindraf Malaysia N Ganesan.

"Waytha tidak akan letak jawatan kerana ini. Dia akan terus merealisasikan memorandum persefahaman (yang ditandatangani Waythamnoorthy dengan BN sebelum pilihan raya umum lalu)," kata Ganesan (left) kepada Malaysiakini.

Katanya, Waythamoorthy yang mengasaskan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) tetap teguh berpendirian bahawa menteri yang mengkritiknya patut membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat India di negara ini.

Dua menteri Datuk Seri Zahid Hamidi dan Jamaluddin Abu Bakar menggesa Waythamoorthy meletakkan jawatan kerana mengkritik cara polis menangani kes lima individi ditembak mati di Pulau Pinang.

[Baca berita penuh]