Dasar kerajaan sebenarnya yang akan menentukan sokongan masyarakat India kepada BN, bukan dengan penggabungan pelbagai parti yang mewakili mereka," kata senator MIC Jaspal Singh.

"Masalahnya melampaui penggabungan. Sokongan masyarakat bergantung kepada dasar dan kombinasi pelbagai perkara.

"Mengotakan janji kerajaan untuk memastikan orang India tidak terasa terpinggir itu lebih utama daripada penggabungan," kata Jaspal yang juga bendahari MIC kepada Malaysiakini hari ini.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini dilapor mencadangkan parti komponen yang mewakili kaum India bergabung sebagai parti tunggal demi memastikan usaha memperkasa kebajikan kaum itu.

[Baca berita penuh]