Malaysiakini
Malaysiakini BERITA

IGP dakwa Pak Samad menyusup ke rumah

Ram Anand

Diterbitkan  |  Dikemaskini

VIDEO

Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendakwa polis terpaksa menahan Datuk A Samad Said selepas pengerusi bersama BERSIH itu menyelinap masuk ke rumah pada tengah malam kelmarin.

Katanya, polis pada awalnya mengunjungi rumah A Samad pada Selasa malam lalu namun sasterawan negara itu hanya pulang pada tengah malam dengan senyap-senyap.

Pasukan polis yang sedang menunggu pada masa itu menahan A Samad sebaik beliau pulang, kata Khalid dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, polis sebelum itu telah meminta A Samad menyerah diri tetapi permintaan tersebut tidak dipenuhi.

[Baca berita penuh]