Surendran diarah keluar Dewan lagi
MP Padang Serai N Surendran hari ini diarahkan keluar Dewan Rakyat buat kali kedua pada sesi ini, oleh Yang Dipertua Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Ia susulan Surendran yang juga naib presiden PKR cuba membawa usul tergempar berhubung kerja-kerja perobohan kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P Ramlee pada Ahad.
Cadangan Surendran ditolak disebabkan masalah teknikal dan apabila Surendran cuba menjelaskan sebabnya, beliau diarahkan untuk keluar Dewan oleh Speaker kerana melengah-lengahkan prosiding perbahasan hari ini.
Pada 25 September lalu, Surendran menjadi anggota Parlimen pertama diarah keluar daripada Dewan Rakyat kerana cuba membangkitkan petisyen bawah Arahan Tetap.
Ini disebabkan beliau cuba membangkitkan kes kematian dalam tahanan P Karuna Nithi, selepas ditolak oleh Pandikar Amin sebelum sesi soal-jawab.

