VIDEO l 2:37 minit

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencadangkan agar sistem pengangkutan awam ke Genting Highlands diletakkan sepenuhnya bahawa tanggungjawab Genting Group.

NONE Katanya, langkah itu antara lainnya bagi membolehkan soal keselamatan penumpang berada bawah tanggungjawab satu pihak sahaja.

"Saya cadangkan mereka ambil alih sistem pengangkutan di Genting agar mereka boleh bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan dan perjalanan syarikat yang membawa orang turun dan naik dari tempat itu," katanya

Katanya, tindakan itu merupakan salah satu daripada rangka alternatif untuk menetapkan syarikat yang boleh menyediakan pengangkutan ke Genting Highlands.

Langkah kawalan berkenaan adalah bagi mengelakkan kemalangan yang melibatkan bas yang membawa penumpang ke Genting Highlands.

Terbaru adalah kes kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah bas membawa penumpang dari Genting Highlands pada 21 Ogos lalu, mengorbankan 37 nyawa.