Kementerian timbang status 'universiti diraja' untuk UiTM
Diterbitkan: Nov 18, 2013 12:09 PM | Dikemas kini: Nov 18, 2013 2:24 PM
Timbalan menteri pendidikan P Kamalanathan berkata kerajaan sedang menimbang cadangan untuk menaiktaraf status Universiti Teknologi Mara menjadi universiti diraja.
Kamalanathan (kiri) dalam ucapannya di Dewan Rakyat hari ini berkata, perkara itu sedang diteliti dan akan dipercepatkan.
Beliau mengulas pertanyaan lisan yang diajukan oleh Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) pagi ini.
Irmohizam ketika membahaskan ucapan pembentangan Bajet 2014 awal bulan ini mencadangkan agar UiTM dijadikan sebagai universiti diraja untuk mengelakkannya statusnya sebagai universiti bumiputera terus diganggu gugat.

