Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

VIDEO l 3:19 minit

MP BN Tan Sri Annuar Musa menetapkan syarat kepada PAS untuk meyakinkan parti lain dalam Pakatan Rakyat untuk menerima hudud sebelum beliau dapat memberi kerjasama untuk melaksana undang-undang tersebut.

Annuar berkata PAS perlu menyelesaikan isu berkenaan terlebih dahulu sebelum mendapatkan sokongan beliau.

"PAS bersama dengan parti gabungan lain perlu selesaikan dahulu (pertikaian tentang hudud).

"Aneh hendak bawa ke Parlimen hendak ajak BN yang merupakan lawan politik tetapi rakan separti tak setuju," katanya kepada pemberita di bangungan Parlimen hari ini.

Kenyataannya itu timbul susulan saranan dari naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang berkata, Annuar perlu menunjukkan kesungguhan untuk melihat pelaksanaan undang-undang berkenaan.

Mahfuz dalam kenyatannya hari ini berkata, Annuar perlu berbuat demikian dengan meyakinkan kerajaan Persekutuan untuk memberi kebenaran kepada Kelantan untuk melaksanakan undang-undang itu.

"Saya mengharapkan beliau akan memainkan peranan penting di antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri," kata MP Pokok Sena itu kepada pemberita di lobi Parlimen tengah hari tadi.

Saranannya itu adalah berdasarkan kenyataan Annuar minggu lalu yang menyifatkan bahawa pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 di Kelantan telah sekian lama tertangguh kerana prosedur perundangan.

PAS menyebut, pentadbiran negeri Kelantan bersedia melaksanakan hudud di Kelantan tetapi tidak dapat berbuat demikian tanpa pindaan Perlembagaan yang perlu dipersetujui kerajaan pusat.

Perbincangan hudud mula timbul kembali apabila Brunei mula mewartakan undang-undang itu pada 22 oktober lalu yang meliputi hukuman potong tangan untuk kesalahan mencuri dan rejam sampai mati untuk kesalahan seks tanpa nikah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS