Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakatan sedia surat bantah kadar cukai taksiran DBKL

VIDEO l 2:44 minit

Pakatan Rakyat hari ini memulakan kempen membantah kenaikan cukai taksiran hartanah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

NONEMenurut MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (kiri), sebahagian besar penduduk KL telah menerima cadangan kenaikan cukai mereka daripada DBKL tetapi mereka tidak tahu cara untuk membantah kenaikan itu.

Justeru katanya, Pakatan Rakyat menyediakan surat bantahan yang boleh digunakan oleh golongan yang berminta untuk mengemukakan bantahan mereka kepada DBKL.

Katanya, surat itu akan diedarkan kepada orang ramai, persatuan penduduk dan boleh dimuat turun dari laman webnya.

Menurutnya, orang ramai hanya perlu mengisi beberapa maklumat, seperti alamat dan juga kadar cukai taksiran yang perlu ditanggung, dalam surat yang dialamatkan kepada Pengarah Penilaian, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta DBKL.

Katanya, bantahan tersebut perlu dikemukakan kepada DBKL sebelum 17 Disember ini.

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen petang tadi, Nurul Izzah berkata cukai taksiran selama ini tidak pernah dinaikkan untuk tempoh 21 tahun.

Justeru, kenaikan mendadak sehingga 300 peratus ini amat mengejutkan orang ramai, tambahnya.

"Ia perlu dibuat secara berperingkat-peringkat. Kenaikan di antara 100 sehingga 300 peratus tidak boleh diterima," katanya.

Menurutnya, beliau berharap agar DBKL mempertimbang semula keputusan mereka dan mendahulukan kepentingan orang ramai.

ADS