AAB: 'Titah sultan tak relevan pada kepercayaan bukan Islam'
Titah Sultan berkaitan kepercayaan masyarakat bukan Islam adalah tidak relevan dan oleh itu, tidak terguna pakai ke atas mereka, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.
Ini kerana katanya, titah itu tidak boleh mengarahkan golongan bukan Islam bagaimana urusan agama mereka perlu dilakukan.
Beliau mengulas titah Sultan Selangor tahun lalu yang mengharamkan
penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam, dan sekarang ia digunakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mewajarkan rampasan Bible menggunakan kitab 'Allah'.
"Saya fikir itu hanya terpakai pada orang Islam sahaja. Ia tak boleh masuk campur atau beritahu orang lain umpamanya orang Hindu atau Buddha bagaimana mereka nak sembahayang," katanya.
"Jadi titah itu - maaf tak bolehlah - saya fikir ia sudah melepasi garisan," katanya dalam forum "Polemik 'Allah' dan rampasan Bible: Antara undang-undang dan sensitiviti agama" di ibu negara malam tadi.

