Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

ANALISIS Pilihan raya kecil Kajang yang bakal berlangsung tidak lama lagi meletakkan MCA, terutama sekali presiden barunya, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kedudukan sukar.

Liow akan mengemudi pilihan raya kecil MCA yang pertama dalam tempoh tujuh tahun, hanya selepas kira-kira dua bulan memegang jawatan itu.

Pilihan raya kecil terakhir buat MCA sebelum ini adalah kerusi DUN Machap di Melaka pada tahun 2007.

Pada masa ini, Liow dan partinya masih lagi dibelenggu dengan perbalahan dalaman, apabila bekas presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kanan) baru-baru ini mendakwa penggantinya memungkiri janji di antara mereka.

Malah, sejak pilihan raya umum 2008 lagi MCA telah diabaikan pengundi Cina dan kerusi Kajang pula sebahagian besarnya terdiri daripada pengundi Cina.

Nampaknya, sama ada MCA bertanding di kerusi tersebut atau pun tidak, parti itu dan presidennya kini berada dalam dilema seperti kata pepatah Melayu, 'ditelan mati emak, diluah mati bapak'.

Memburukkan keadaan, calon PKR untuk kerusi itu tak lain tak bukan

adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemuda Umno secara terbuka menggesa agar calon terbaik dari BN diturunkan di situ.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata formula lama BN tidak semestinya diguna pakai kali ini dan secara tidak langsung memberi kiasan yang Umno perlu bertanding di situ.

Jika Liow tunduk kepada tekanan Umno dan menyerahkan kerusi itu, langkah itu akan mencabuli kritikan pasukan Liow terhadap bekas presiden sebelum ini.

[Baca berita penuh]

ADS