Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 28 April sehingga 30 April depan serta 5 dan 6 Mei untuk perbicaraan kes seorang lelaki yang dituduh membunuh isterinya, Mei tahun lalu.

Hakim Datuk Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tarikh itu pagi ini selepas kes tersebut sebelum ini didengar di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Jamaluddin Ali dituduh dituduh membunuh Nurhidayah A Ghani di rumah mereka di Kampung Petaling Bahagia, Batu 5, Jalan Puchong di antara 15 sehingga 17 Mei lalu.

Jamaluddin yang dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan berdepan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes sebelum ini, tertuduh didakwa membelasah mangsa sehingga tidak sedarkan diri selepas berlaku pertengkaran.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Perubahan Universiti Malaya (PPUM).