DAP mahu MAS pecat 'penceroboh' DUN
DAP mahu Malaysia Airlines ( MAS) mengambil tindakan tatatertib terhadap seorang pekerjanya yang didakwa menceroboh ke dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Rabu lalu.
Calon pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh menggesa MAS mengambil tindakan terhadap Naib Ketua Pemuda Umno negeri, Jasmin Noordin yang didakwanya menceroboh masuk ke dalam DUN kira-kira jam 2.15 tengahari dua hari lepas.
Jasmin (kanan) adalah antara kumpulan 12 yang yang memasuki ke dalam Dewan untuk mencari ADUN DAP Seri Delima RSN Rayer dilaporkan menyebut "Umno celaka ".
Menurut Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi, Jasmin bekerja di Jabatan
Sumber Manusia MAS di Pulau Pinang.
Mereka adalah sebahagian daripada kira-kira 30 ahli Pemuda Umno, PERKASA dan NGO seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, yang berhimpun di pintu pagar DUN, dan melemparkan tuduhan "bangsat, pariah dan rasis " terhadap Rayer , yang tidak ada di Dewan ketika itu.

