Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Enam ahli Umno disiasat tujuh jam kes ugut DAP
Diterbitkan:  May 26, 2014 11:42 PM
Dikemaskini: 4:39 PM

Polis hari ini mengambil keterangan pemimpin-pemimpin Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, yang terlibat mengugut membakar ibu pejabat DAP minggu lalu, selama tujuh jam.

Mereka yang disiasat mulai jam 2 petang di ibu pejabat polis daerah Wangsa Maju termasuklah: Ketua Pemuda Umno Wilayah, Mohd Razlan Muhammad Rafii; Gulam Muzaffar Gulam Mustakim (ketua penerangan Pemuda Wilayah), Datuk Rizalman Mokhtar (ketua bahagian Bandar Tun Razak) dan Johari Yazid (Ketua Pemuda Cheras).

Keenam-enam ahli Umno itu dibebaskan dengan seorang penjamin pada kira-kira jam 9 malam ini.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan berunsur jenayah.

Pada Khamis lalu, sekumpulan lebih 50 anggota Pemuda Umno memberi amaran keras kepada DAP, dengan mengancam akan membakar ibu pejabat parti itu jika wakil rakyatnya terus membuat kenyataan yang dianggap menghina parti mereka.

Ugutan itu disuarakan sewaktu mereka mengadakan demonstrasi di luar ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur sebagai membantah kenyataan wakil rakyat DAP Seri Delima, RSN Rayer yang dilaporkan menyebut "Umno celaka".

[Baca berita penuh]

ADS