Bekas exco Selangor dari DAP, Teng Chang Khim menggesa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mencontohi krisis menteri besar yang berlaku di Perak pada tahun 2009.

Menurutnya, krisis itu menyaksikan pertukaran menteri besar berlaku tanpa perlunya sidang khas untuk mengusulkan undi tak percaya terhadap menteri besar.

Katanya, Khalid juga boleh meletak jawatan tanpa perlu membubarkan DUN

"Satu-satunya pilihan buat beliau adalah meletak jawatan atau membubarkan DUN.

"Permainan kini sudah tamat buat beliau.

"Menurut kes Perak, tidak perlu pembubaran, tak perlu keperluan begitu," kata Teng pada sidang media di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) tengah hari ini.

Semalam, Presiden PKR merangkap ADUN Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan beliau mempunyai majoriti sokongan 30 orang ADUN untuk menggantikan Khalid yang dipecat dari PKR.

Dalam reaksi segeranya, Khalid berkata majoriti yang didakwa diperolehi Wan Azizah itu perlu diterjemah kepada undi tidak percaya pada sidang DUN yang akan datang.

[Berita penuh menyusul]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini