Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengundang satu lagi kontroversi hari ini di Dewan Rakyat ekoran satu kenyataannya yang mengaitkan Teresa Kok (DAP-Seputeh) dalam perbahasan mengenai pemeriksaan badan penumpang di lapangan terbang.

Dalam ucapannya ketika membahaskan Rang Undang-undang Malaysia Airline System Bhd (Pentadbiran) 2014, Bung berkata, beliau tidak selesa dengan pemeriksaan oleh pasukan keselamatan itu.

Bung seterusnya berkata beliau tiada masalah jika pihak keselamatan mahu memeriksa Kok dengan kaedah begitu.

"Saya tidak mahu mereka pegang saya kerana saya sensitif. Bila mereka pegang saya, macam mereka meraba.

“Malah bahagian sulit juga diraba. Mana boleh (buat begitu)? Jika mereka pegang saya walau sekalipun, saya akan saman mereka.

“Saya mahu beritahu MAS, jangan pegang saya. Saya tidak mahu. Jika mereka mahu pegang Seputeh, boleh, tapi bukan saya,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS