Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang hari ini mengambil kesempatan memperolok-olokkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilucutkan gelaran 'Datuk Seri” oleh istana Selangor.

“Jika tak salah, isterinya Dr Wan Azizah (Wan Ismail) juga ada 'Datuk Seri.

"Jadi kamu masih boleh panggil DSAI, Datin Seri Anwar Ibrahim. Relax ya,” tulisnya di Twitter.

DSAI, akronim kepada “Datuk Seri Anwar Ibrahim” sering digunakan oleh penyokongnya bagi merujuk ketua umum PKR itu.

Dalam tweet sebelumnya, Tan ( atas ) berkata Anwar tidak perlu binbang kerana diberikan gelaran lain oleh isterinya, iaitu “anugerah tuhan”.

Beliau merujuk kepada ucapan Wan Azizah dalam kongres PKR beberapa tahun lalu.

[Baca berita asal]