mk-logo
Berita
Saifuddin gelar Hadi 'penyelamat umat'
Diterbitkan:  Jan 25, 2015 2:31 AM
Dikemaskini: 2:46 AM

Kebimbangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pilihan raya kerajaan tempatan akan membawa kepada perselisihan kaum menerima reaksi sinis daripada seorang bekas anggota kabinet, Datuk Saifuddin Abdullah.

Dalam tulisannya di Twitter, bekas MP Temerloh itu dengan sinis menyifatkan Hadi sebagai “penyelamat umat” kerana mengeluarkan kenyataan seperti itu.

 Saifuddin yang juga CEO Global Movement of Moderates turut mengaitkannya dengan pendirian PAS sebelum ini dalam isu pelantikan wanita sebagai menteri besar.

“Hadi kata perempuan tak boleh jadi menteri besar (demi) menyelamatkan mereka daripada neraka. Tak boleh (jalankan) pilihan raya PBT (kerana untuk) menyelamatkan daripada (peristiwa 13 Mei).

“Penyelamat umat!,” katanya.

Hadi: 1) perempuan x boleh jd MB. Selamatkn dpd neraka. 2) x boleh pilihanraya PBT. Selamatkn dpd 13 Mei. Penyelamat umat!

— Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) January 24, 2015

Hadi merupakan tokoh utama dalam Pakatan Rakyat yang menentang pelantikan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Beliau juga menegur rakannya dalam BN, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang bersetuju dengan sentimen Hadi.

Kebanyakn pemimpin BN x nak pilihanraya PBT. Bila Pres Pas pun x nak, apalagi, keluarlah pantun setuju. Tapi kedua2nya miss d point!

— Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) January 24, 2015

Katanya, kedua-duanya tersasar daripada hujah sebenar mengenai pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan itu.

[Baca berita asal]

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini