Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Senarai nama penduduk Semenanjung Malaysia yang dilarang masuk ke Sabah dan Sarawak tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan ia ditentukan oleh kedua-dua negeri itu, kata Kementerian Dalam Negeri.

Ia bagi menjawab soalan dari Teresa Kok (DAP - Seputeh) yang meminta KDN menyenaraikan nama warga asing dan penduduk Semenanjung Malaysia yang dilarang memasuki Sabah dan Sarawak.

"KDN tidak memberi sebarang arahan kepada Jabatan Imigresen Negeri Sabah dan Sarawak untuk mengenakan larangan pada warga asing dan warga Semenanjung Malaysia daripada memasuki Sabah dan Sarawak.

"Arahan tersebut hanya diterima melalui pihak berkuasa negeri Sabah dan Sarawak mengikut Seksyen 65, Akta Imigresen 1959/63.

"Senarai nama warga Semenanjung Malaysia yang dilarang masuk ke Sabah dan Sarawak berubah dari semasa ke semasa mengikut arahan pihak berkuasa Sabah dan Sarawak.

"Senarai nama ini juga dikawal di bawah Akta Rahsia Rasmi," jawapan bertulis dipetik.

Lihat Komen
ADS