Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kementerian Pertahanan berpandangan hukuman buang kerja ke atas bekas juruterbang pejuang, Mejar Zaidi Ahmad setimpal dengan kesalahan memberi kenyataan media tanpa izin pegawai atasannya.

Malah, hukuman itu lebih ringan berbanding hukuman maksimum penjara selama dua tahun, jawapan bertulis menteri pertahanan di Parlimen dipetik.

"Hukuman dibuang dari perkhidmatan Seri Paduka Baginda yang dikenakan terhadap Mejar Zaidi adalah setimpal dengan kesalahan dan merupakan hukuman yang lebih ringan berbanding penjara dan dibuang dengan keji dari perkhidmatan Seri Paduka Baginda.

"Mahkamah juga menimbangkan perkara-perkara seperti rekod perkhidmatan, jangka masa perkhidmatan, dan lain-lain sumbangan beliau kepada negara sebelum menjatuhkan hukuman," jawapan itu dipetik.

Jawapan tersebut dikeluarkan kementerian bagi menjawab soalan Imran Abdul Hamid yang bertanya jika hukuman ke atas Zaidi setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.

Lihat Komen
ADS