Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Orang ramai patut belajar daripada negara mahu seperti Jepun ketika berdepan dengan sesuatu bencana alam.

Menteri di Jabatan Perdan Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata kesedaran awam terhadap pengurusan bencana penting.

Katanya, peranan juga harus dimainkan pihak individu dan tidak hanya bergantung kepada agensi penyelamat.

Ini, tambahnya lagi, termasuk dalam usaha mengurangkan risiko kemalangan jiwa.

"Di samping itu, semua pihak perlu berganding bahu mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan risiko bencana kerana tanggungjawab dalam pengurusan bencana adalah tanggungjawab bersama," kata Shahidan.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di parlimen kepada Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) di Parlimen.

Beliau mahu tahu apakah hikmah yang boleh dipelajari rakyat negara ini berikutan banjir besar yang melanda beberapa negeri sebelum ini.

Lihat Komen
ADS