Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik perisytiharan harta yang dibuat oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan menyeru anggota-anggota Parlimen lain agar mempertimbang untuk meneladani langkah itu.

Jelas Zahid, beliau dan menteri-menteri kabinet yang lain turut mengisytiharkan harta mereka setiap tahun namun, ia diisytiharkan kepada perdana menteri.

"Pihak kerajaan sendiri terutama anggota pentadbiran ertinya timbalan menteri, menteri, timbalan perdana menteri dan perdana menteri juga mengisytiharkan harta.

"Saya juga isytiharkan harta setiap tahun kepada perdana menteri.

"Kalau semua MP bukan sahaja Rafizi dapat mencatatkan ketelusannya dan mengisytiharkan hartanya, saya fikir itu satu langkah positif yang kita harus alu-alukan," kata Zahid pada sidang media di Shah Alam, pagi ini.

Rafizi Ramli mendedahkan aset dan perbelanjaannya pada 10 Mac lalu.

Dibuat secara kenyataan bersumpah, perisytiharan itu menunjukkan pendapatan Rafizi sebanyak RM11,171 sebulan di samping mendapat faedah RM4,000 sebulan daripada Tabung Haji dan Amanah Saham Bhd.

Beliau juga mendapat RM3,000 sebulan sebagai perunding korporat.

Dia juga mengisytiharkan mempunyai aset bersih sebanyak RM1.56 juta dan hutang RM395,937.

Lihat Komen
ADS