Kes PI Bala: Rayuan Najib akan didengar

   

Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh 24 April untuk mendengar permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengenepikan rayuan ke atas saman oleh balu P Balasubramaniam.

Tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes berkenaan hari ini.

Peguam yang mewakili balu tersebut, Americk Sidhu, mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini .

Saman oleh balu Balasubramaniam, Santamil Selvi difailkan tahun lalu namum ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mendiang Balasubramaniam yang merupakan penyiasat persendirian kepada Abdul Razak Baginda tinggal dalam buangan selama lima tahun di India selepas membuat pengakuan berkanun bahawa Najib mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

[Baca berita asal]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In