Najib, pemimpin terakhir Umno belum ulas isu TH
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah satu-satunya pemimpin tertinggi Umno yang masih belum mengulas berhubung perjanjian tanah kontroversi antara Lembaga Tabung Haji (TH) dan firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sehingga semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno termasuk tiga naib presiden, Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, menyuarakan kebimbangan.
Memandangkan isu itu panas sejak hujung minggu, ketiga-tiga naib presiden Umno tidak muncul depan umum sebaliknya mereka mengeluarkan kenyataan melalui media sosial.
Berbeza pula dengan Najib selaku presiden Umno, beliau berpeluang untuk memberi maklumbalas berhubung isu itu semalam kerana sekurang-kurangnya tiga penampilan dibuat tetapi beliau tidak berbuat demikian.
Selepas melepaskan peserta maraton di Putrajaya pada 7 pagi semelam, Najib merasmikan Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 10.15 pagi di Kuala Lumpur sebelum menyampaikan ucaptama dalam sidang meja buat mengenai kos sara hidu di UKM Bangi, ada tengah hari.
Sebaliknya, maklum balas diserahkan kepada Pengerusi Tabung Haji Datuk Sderi Abdul Azeez Abdul Rahim, yang mengadakan sidang akhbar tergesa-gesa termasuk mengumumkan tanah itu dibeli daripada 1MDB akan segera dijual semula untuk mententeramkan fikiran rakyat.
Abdul Azeez mendedahkan tindakan itu dibuat atas nasihat Najib.

