Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mungkin saya jadi sasaran kerana bapa, kata anak PM

Nazifuddin Najib berkata cubaan untuk mengaitkannya dengan Skim Ponzi mungkin sebahagian daripada usaha yang disasarkan terhadap bapanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ini selepas sebuah video oleh televisyen NOW26 mengenai dakwaan kaitan Nazifuddin dengan Ufun, diedarkan kepada media sosial berdasarkan bahan promosi skim Ponzi itu.

"Mereka cuba untuk memfitnah semua orang yang ada kaitan dengan perdana menteri, termasuk anak-anak dan semua orang, mereka menyerang semua orang.

"Ini sememangnya tidak wajar dan saya harap tindakan akan diambil terhadap sesiapa saja yang terlibat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ianya muncul di tengah-tengah desakan, termasuk dari bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, supaya Najib meletak jawatan.

Nazifuddin berkata pengedaran video itu "mungkin bermotifkanpolitik".

[Baca berita penuh/asal]

 
 

Lihat Komen
ADS