Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengulangi tekad polis untuk memburu pihak yang melakukan provokasi dalam insiden pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat.

"Kami akan tahan mereka yang ghairah sangat berucap, beri segala macam hasutan, semangat kepada orang untuk melakukan rusuhan dan sebagainya tu.

"Dia bersedialah," katannya kepada pemberita dalam sidang media di ibu pejabat polis di Bukit Aman hari ini.

Bagi penulis blog Papa Gomo, yang disebut Khalid sebagai individu yang dipaling dikehendaki kerana menyebarkan berita palsu, Khalid berkata penulis itu masih belum menyerah diri kepada polis.

"Saya diberitahu yang orang yang saya suruh serah diri, belum serah diri lagi, so hari ni kita akan cari lah.

"Kita akan tangkap dan beberapa orang lagi, saya tak perlu sebut nama, saya rasa semua orang tahu," katanya.

[Baca berita asal]