Peguam: PM putuskan selepas bajet sama ada nak saman Ling
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan memutuskan sama ada akan menyaman bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik selepas pembentangan bajet 2016 Jumaat ini.
Tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Ling untuk meminta maaf atau berdepan tindakan undang-undang, telah seminggu berlalu selepas peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun menghantar surat tuntutan kepada Ling.
Ling dalam responnya berkata beliau tidak akan memohon maaf.
"Seperti yang anda sedia maklum, minggu depan adalah minggu bajet, oleh itu anak guam saya begitu sibuk membuat persediaan," kata Hafarizam kepada Malaysiakini dalam satu mesej teks.
Oleh itu, katanya, beliau akan menunggu sehingga selepas pembentangan bajet dan kemudian akan mendapatkan arahan dari Najib. Baca berita penuh
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.