Dua organisasi akar umbi malam tadi diumumkan sebagai pemenang bersama bagi Anugerah Hak Asasi Manusia Suaram.

Dua organisasi tersebut ialah Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) dan Gabungan Selamatkan Petani dan Penternak Perak.

Anugerah itu disampaikan sempena pelancaran Laporan Tahunan Hak Asasi Manusia Suaram 2015 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur malam tadi.

Mustapa Along yang menerima anugerah itu bagi pihak JKOAK, berkata pengiktirafan usaha mereka itu akan membantu ke arah memperkukuhkan lagi masyarakat Orang Asli.

Katanya, JKOAK ditubuhkan pada tahun 2010 dan matlamatnya adalah untuk mengukuhkan pemahaman mengenai masyarakat minoriti tentang kepentingan hak asasi manusia.

Hak asasi manusia, katanya, pernah menjadi 'konsep asing' di kalangan masyarakat Orang Asli dan JKOAK telah cuba untuk mendidik mereka untuk mengetahui hak-hak mereka.

Jurucakap kumpulan petani Perak, Michael Fong pula berkata ada sesuatu yang benar-benar tidak kena apabila generasi petani, yang telah mengusahakan tanah untuk membekalkan makanan, diminta mengosongkan tanah mereka.

Katanya, mereka telah membajak tanah sejak bergenerasi dan satu hari Pejabat Tanah hanya datang menyuruh mereka mengosongkannya.

Katanya, ini tidak kena apabila bercakap mengenai hak asasi manusia.

[Baca berita penuh]