Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan bahawa beliau masih belum berputus asa dalam misi untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya tidak putus asa kerana saya berpendapat bahawa ini adalah satu perkara yang penting dalam negara kita.

"Pentadbiran Najib telah menyebabkan negara merosot. Ekonomi, politik, sains, teknologi, pengetahuan. Semuanya berkurangan. Kita sedang mundur kebelakang," keluh Dr Mahathir pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Kemunduran di bawah pentadbiran Najib, dakwa Mahathir adalah semata-mata kerana presiden Umno itu mahu mengekalkan populariti untuk kekal sebagai perdana menteri.

"Untuk populariti, maka wang digunakan.

"Beliau (Najib) sendiri mengaku bahawa duit yang sebanyak RM2.6 billion itu nak digunakan untuk kemenangan. Kemenangan bagi diri dia,” kata Dr Mahathir yang mengulangi dakwaannya bahawa Najib sendiri mengakui sumbangan dari Timur Tengah itu digunakan untuk membiayai kempen BN pada pilihan raya umum ke-13.

Mahathir juga diminta mengulas tulisannya mengenai kenangan manis bersama Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussien yang juga ada bapa Najib sehingga ada pihak menpersoalkan pandangannya.

“Pandangan saya terhadap Tun Razak tidak berubah. Dia mentor saya. Dia yang menolong saya mencapai kejayaan.

“Tidak ada kena-mengena dengan Najib sama-sekali,” kata Mahathir ketika ditanya mengenai persepsi bahawa beliau kini kurang kritikal terhadap Najib.

Minggu lalu, Mahathir juga menyatakan sokongan yang jarang berlaku berhubung tindakan Najib untuk menyemak semula Bajet 2016.

Mahathir hari ini menerima kunjungan hormat daripada angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan angkasawan Rusia Salizhan Sharipov.

Muszaphar juga menunjukkan kepada Mahathir baju angksa yang dipakainya ketika dilancarkan ke angkasalepas dari kapal Rusia Soyuz TMA-11 pada tahun 2007.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS