Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harapan tolak p'raya baru selesai pemberontakan Umno

Pakatan Harapan tidak bersetuju pilihan raya baru diadakan bagi menyelesaikan pemberontakan Umno negeri terhadap Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir.

Pendirian itu berbeza dengan PAS Kedah yang semalam menggesa pembubaran DUN dan pilihan raya baru diadakan untuk menentukan sama ada Mukhriz masih mendapat sokongan.

Ketua PKR Kedah, Syed Azmin Ismail berkata Harapan tidak bersetuju dengan pendirian PAS itu kerana pilihan raya baru akan membabitkan kos yang tinggi ketika kegawatan ekonomi.

Sebaliknya, Syed Azmin berkata, gabungan itu berharap isu tersebut boleh diselesaikan mengikut kedaulatan undang-undang dan proses demokrasi tanpa menambah beban rakyat.

Syed Azmin turut ditemani pemimpin tertinggi DAP dan AMANAH Kedah ketika mengumumkan pendirian rasmi Pakatan Harapan mengenai isu itu.

Semalam, sekumpulan Umno Kedah yang merupakan penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan hilang keyakinan terhadap Mukhriz.

Mereka yang diketuai oleh Timbalan Ketua Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, juga menggesa Najib campur tangan dan menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar.

Lihat Komen
ADS