Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2020 tahun 'angan-angan' baiki ranking persepsi rasuah
Diterbitkan:  Feb 1, 2016 12:27 PM
Dikemaskini: 4:29 AM

Sasaran pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berada dalam senarai 30 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International hanya dilihat pembangkang sebagai angan-angan.

Ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang ( gambar ) berkata impian Najib itu mustahil dicapai, berdasarkan rekod indeks itu selama 21 siri melibatkan 177 negara.

“Tiada sebab atau alasan untuk percaya bahawa sasaran Malaysia disenaraikan di 30 tangga teratas pada 2020 sebagai realistik atau boleh dicapai,” kata Lim dalam kenyataan.

Ketika dimulakan pada 1995, Malaysia berada di tempat 23 daripada 41 negara dengan mata 5.28 daripada 10. Cina dan Indonesia ketika itu berada di kedudukan corot dengan CPI masing-masing 2.16 dan 1.94 mata.

Ranking untuk 20 tahun kemudian, 2015, yang diumumkan minggu lalu, Malaysia jatuh empat anak tangga berbanding tahun lalu.

Mata keseluruhan Malaysia juga jatuh dari 52 pada 2014 kepada 50 pada tahun lalu.

Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Akhbar Satar berkata punca kejatuhan itu disebabkan isu 1MDB, sumbangan RM2.6 bilion dan serbuan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS