Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Rahsia hitam' mungkin tersingkap dari Switzerland

ULASAN Kerajaan Malaysia melalui timbalan perdana menteri telah mengeluarkan mengejutkan dengan berkata, "peguam negara Switzerland tidak sepatutnya mengumumkan permintaannya secara terbuka untuk membantu Malaysia dalam kes siasatan 1MDB".

Lebih khusus lagi ia berkaitan dengan kemungkinan penyelewengan AS$4 bilion oleh 1MDB yang disyaki telah melanggar undang-undang Switzerland.

Siapalah kita untuk mengatakan begitu kepada Switzerland!

Dalam masa yang sama patutkah peguam negara Malaysia menyatakan secara umum melalui media massa bahawa berbilion-bilion ringgit yang dimasukkan ke akaun perdana menteri dibuat oleh keluarga diraja Arab Saudi, yang dikatakan oleh allahyarham rajanya?

Ini dibuat walaupun allahyarham sudah tidak ada lagi untuk mengesahkan kenyataan tersebut.

Terdapat juga tanda-tanda daripada Arab Saudi yang menunjukkan mereka tidak begitu senang dengan kenyataan itu.

Adakah kita juga akan memberitahu kerajaan Perancis untuk mengenakan kawalan maklumat pada kes siasatan pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berjalan apabila ia melibatkan seseorang yang sangat dekat dengan perdana menteri?

Seorang yang terlibat dalam rundingan Scorpene telah dibunuh dengan kejam dalam keadaan misteri. Bagaimanapun, apa yang kita hendak menyembunyikan dalam perkara ini. Adakah dua kuasa asing berkomplot menentang perdana menteri kita?

Kegusaran Najib Razak kian memuncak apabila Switzerland tidak lagi menjadi syurga akaun kewangan rahsia yang selamat daripada sekatan undang-undang kerahsiaan perbankan sepertimana diharapkannya.

Kemunafikan mesti dihentikan

Undang-undang rahsia perbankan simpanan wang rahsia Switzerland telah dihapuskan sekarang.

Sejak laporan peguam negara Switzerland menyebut kemungkinan ada penglibatan beberapa pegawai kerajaan Malaysia, Putrajaya semakin tidak nyenyak untuk tidur.

Apa rahsia hitam yang mungkin terungkap?

Kerajaan kita lupa bahawa sesebuah negara, walaupun bukan negara Islam, tetap menegakkan nilai-nilai integriti dan ketelusan sepertimana ajaran Islam.

Kita walaupun mempunyai seorang menteri yang berpotfolio menteri integriti, ia seolah-olah sekadar ambil syarat untuk mengisi 30 lebih jawatan menteri.

Di manakah amanah yang sebenar, iaitu asas penting ajaran Islam yang sebenar dan seharusnya kita julang?

Kerajaan telah berkempen tentang dunia tanpa sempadan, aliran terbuka perdagangan dan maklumat apabila memaksa rakyat menerima Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Tetapi apabila situasi yang ditimbulkan Switzerland menyebabkan kerajaan Najib terancam, maka mereka akan bertindak menghentikan aliran maklumat dari Switzerland dan Perancis untuk mengelakkan rahsia kotor diketahui rakyat.

Kemunafikan ini mesti dihentikan.

Jejak dakwaan skandal kotor 1MDB dari Malaysia ke Singapura, negara-negara Arab, Switzerland- Eropah, Amerika Syarikat dan Kepulauan Caymen.

Mustahil untuk menghalang rakyat untuk terus tahu rahsia-rahsia ini daripada terbongkar.

Tetapi kerajaan pasti akan tergesa-gesa dan cuba untuk mencari jalan keluar dari kekusutan ini. Maka akan ada beberapa orang lagi yang akan menjadi mangsa isu 1MDB ini.

Penyakit politik

Ironinya, sungguhpun Malaysia mempunyai menteri integriti yang memilih untuk terus berdiam diri, Switzerland tidak perlu mempunyai menteri integriti seperti di Malaysia untuk memberitahu bahawa kita tidak sepatutnya berhenti siasatan dalam kes 1MDB.

Arahan peguam negara Malaysia untuk menghentikan siasatan ke atas 1MDB akan menghalang pihak Switzerland mendapat maklumat bagi siasatan mereka.

Pokoknya adakah kita bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah ini?

Walaupun desakan telah dibuat dalam persidangan raja-raja Melayu baru-baru ini untuk menyelesaikan kemelut 1MDB, malangnya kerajaan tidak mengendahkan gesaan ini.

Apakah yang diperlukan untuk menyelesaikan kemelut ini?.

Pokoknya mesti perlu ada political will atau kemahuan dan kesungguhan politik untuk menyelesaikan masalah ini sehingga akar umbinya.

Apa yang pasti banyak dalam isu ini adalah political ill – penyakit politik.

Negara kita masih muda tetapi sudah tenat dengan berbagai penyakit dalaman. Tetapi pilihan sebenarnya berada di tangan rakyat!


RAJA BAHRIN SHAH pengerusi Biro Antarabangsa Parti Amanah Negara (AMANAH).

Lihat Komen
ADS